Monday, March 15, 2010

MoHd.HaFiZ & pAkIdA BoY.






Hai saya mohd.hafiz dan rakan saya syafiq syahiran akan menceritakan tentang perjuangan pahlawan-pahlawan negeri sarawak.kita haruslah menghargai jasa pahlawan-pahlawan negeri sarawak.saya dan rakan saya berasa sungguh bangga dan penuh kesyukuran sebagai anak sarawak.kita hendaklah menjaga keamanan negeri kita supaya negeri kita tidak dijajah sekali lagi.saya dan rakan saya berasa sungguh gembira kerana dapat menulis cerita tentang para pahlawan negeri kita.

rosli dhobi


Dengan secharek kertas ini dan se‑putung pensil untuk renungan sepanjang masa. Saya si‑penulis Rosli Dhobi dalam lindungan Permai. Saudara2 dan saudari2 sa‑perjuangan, saya ta’ lama lagi akan meninggalkan jejak tanah tumpah darahku yang ku chintai, dan utama sekali ayah bunda yang ku kasehi dan saudara2 semua, dengan nama Allah sifat pemurah dan pengampun saya menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf atas kesalahan saya yang telah terjadi selama ini, saya sanggup berkorban nyawa untuk memperbaiki ra’ayat yang telah di‑ budaki oleh penjajah, saya mengaku dan terima apa2 kesalahan di dunia ini saya ta’gentar saya ta’ takut mati, saya terima hukuman yang telah di-jatohkan di‑mahkamah.
Saya berdoa kepada Allah s. w. t. Saudara2 saudari2 di‑akhir kelak balek ke‑pengkuan Ibu‑pertiwi. Sungguh begitu saya sudah sanggup menghapuskan orang putih yang berasin dan datang‑nya tetapi saya sudah tidak ada di dunia ini nama saya tetap harum seluroh Dunia sa‑genap plusuk. Akhir kata, hey! Saudara2 Saudari2 sekalian berjuanglah jangan mundur majulah ka-hadapan.
Amin ya rabbul alamin berkat doa laillaha illahi Muhammadar rasululah. Dan saya uchapkan jutaan terima kasih kepada saudara Pa’ S. Allah sahajalah yang akan membalas budi jasa‑nya dengan penuh layanan, nasihat yang belom pernah di‑dengar oleh saya dari awal hingga akhir.
Harapan ini, surat jangan sekali di‑beri sesiapa pun. Simpan baik‑bai,k barangkali di‑lain masa ada guna‑nya.
Ditulis pada 1‑3‑1950
Saya yang akan meninggalkan endah ini,
R.D.

Jasa Tunku Abdul Rahman

Nama : Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.Lahir :08 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda).Pendidikan :1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar.1916 - Penang Free School, Penang.1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge.1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.Kerjaya :1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden Mahkamah Session Selangor.1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO.1956 - Rombongan Merdeka ke London.1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama.1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia.1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963.1970 - Bersara dari Politik.
06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah. Seluruh Negara berkabung atas pemergian Almarhum. Seluruh dunia menghantar Ucap Takziah. Atas wasiat Almarhum, jenazah disemadikan di Makam Di Raja Langgar.

Kisah Rentap menentang penjajah..





Kajian ini membincangkan kedudukan Rentap sebagai pahlawan legenda Iban yang paling terkenal di Sarawak pada abad ke-19. Rentap merupakan satu-satunya pahlawan legenda Iban yang paling banyak diberikan perhatian, pujian dan sanjungan. Daripada seorang pahlawan yang dahulunya digelar pemberontak oleh penjajah kini Rentap merupakan satu-satunya pahlawan Iegenda Iban yang dipandang sebagai pejuang kebebasan yang berjuang untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman penjajah. Kajian ini cuba untuk merungkai apakah kelebihan dan keistimewaan pahlawan Rentap itu sehinggakan dia begitu diagung-agungkan bukan sahaja oleh orang Iban, tetapi oleh juga rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
PENDAHULUAN
Pengenalan
Kita sering beranggapan bahawa cara yang paling baik untuk mempelajari dan mengkaji kesusasteraan ialah dengan membaca sesebuah teks atau manuskrip. Namun demikian, bagi orang Iban persoalannya, di manakah teks atau manuskrip sastera yang pernah mereka hasilkan? Jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain di seluruh Nusantara, terutamanya orang Melayu, tradisi tulisan bagi orang Iban lahir begitu jauh terkemudian daripada tradisi lisan.
Ketika kesusasteraan Melayu di negeri Sarawak mula tumbuh dengan terbitnya Hikayat Nikosa yang ditulis oleh Ahmad Shahwal Abdul Hamid dalam tahun 1876, kesusasteraan tulisan Iban masih lagi belum menampakkan wajahnya (Hamzah Hamdani, 1988: vii-viii). Regim Brooke yang datang kemudiannya begitu lambat membawa pendidikan kepada orang Iban, oleh itu mereka begitu lambat celik huruf. Bahan bercetak yang ada pada ketika itu hanyalah berupa dokumen-dokumen pemerintah Brooke.
Namun demikian ini bukan bermakna bahawa orang Iban tidak mempunyai sebarang hasil kesusasteraan. Sebenarnya orang Iban begitu kaya dengan tradisi dan sastera lisan yang boleh dikatakan telah wujud seusia dengan bangsa itu sendiri. Sebelum mengenal sebarang bentuk tulisan, orang Iban sebenarnya mempunyai bentuk tulisan yang dipanggil papan turai. Papan turai ini digunakan oleh lemambang atau tukang sabak sebagai panduan untuk menentukan urutan cerita dan menoa (wilayah) yang akan disebutkan dalam persembahan mereka (Erik Jensen 1968: 29).
Namun demikian papan turai bukanlah tulisan dalam erti kata yang sebenarnya, papan tersebut adalah tidak Iebih daripada hanya kepingan papan yang diukir dengan simbol-simbol untuk mengingati ungkapan atau perenggan-perengan tertentu dalam pengap atau sabak (death dirge). Simbol-simbol pada papan turai hanya difahami oleh pembuatnya sahaja, oleh itu penggunaannya tidak meluas seperti kertas.
Namun demikian, sesuatu yang lebih penting daripada papan turai-papan turai, ialah cerita lisan yang telah disampaikan dari mulut ke mulut, daripada satu generasi kepada satu generasi. Oleh itu tradisi ini tetap terpelihara dan kekal sebagai khazanah warisan Iban yang tinggi nilainya. Oleh itu, untuk mengkaji sastera rakyat Iban, kita tidak semestinya bergantung kepada teks-teks atau manuskrip klasik seperti yang dimiliki oleh orang Melayu, tetapi boleh juga berdasarkan sastera lisan mereka, misalnya cerita legenda pahlawan Rentap yang telah diwarisi oleh orang Iban sejak turun-temurun.
Kajian ini adalah berkisar kepada cerita Panglima Rentap, pahlawan legenda Iban yang terkenal dengan keberaniannya menentang penjajah di Sarawak, terutamanya di Bahagian Kedua (Skrang-Kalaka-Saribas). Walapun Rentap telah meninggalkan kita lebih daripada satu abad lamanya, namun legendanya terus hidup di tengah-tengah masyarakat hingga kini.
Kajian ini cuba menilai dan meletakkan perjuangan Rentap pada kedudukan yang sewajarnya berdasarkan cerita-cerita lisan. Selama ini kita hanya melihat dan menilai perjuangan Rentap dari sudut pandangan regim Brooke dan kolonial British kerana kekurangan sumber-sumber daripada pihak tempatan, terutamanya daripada orang Iban sendiri. Hal Ini menyebabkan perjuangan Rentap sering dilihat sebagai hanya didorong oleh faktor yang tidak rasional, iaitu keinginan Rentap untuk mempertahankan budaya Iban yang jelek, iaitu headhunting (piracy) semata-mata.
Berdasarkan cerita-cerita lisan yang telah dipeturunkan kepada orang Iban, di samping dengan tidak mengabaikan catatan-catatan penjajah dan juga pandangan beberapa pihak tempatan sendiri, diharapkan dapatlah kita melihat dan menilai perjuangan Rentap dari sudut pandangan kita sendiri. Akhirnya nanti dapatlah kita membuat kesimpulan di manakah kedudukan Rentap sebagai pahlawan legenda Iban yang paling terkenal di Sarawak pada abad ke-19.
Kerja-kerja dalaman atau kepustakaan dalam kajian melibatkan pencarian bahan dan aklumat daripada buku, tesis, latihan ilmiah dan jurnal di Perpustakaan Tun Seri Lanang (PSTL) UKM terutamanya di bahagian Koleksi Asia Tenggara, Bilik Sumber Jabatan Persuratan Melayu UKM, Perpustakaan Institut Alam dan Tamadun Melayu (PATMA) di UKM, Pusat Dokumentasi Melayu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Memorial Kuala Lumpur dan Perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Cochrane, Kuala Lumpur.
Kajian lepas
Cerita jerita tuai atau bahan-bahan yang terkandung dalam tradisi lisan Iban sejak dahulu lagi telah menarik perhatian para penulis Barat dan juga penulis tempatan. Seawal tahun 1 870-an, dengan terbitnya makalah Sarawak Gazette banyak artikel tentang sejarah, agama, kepercayaan dan sastera rakyat Iban, termasuk mitos dan Iegenda telah ditulis oleh para penulis Barat seperti Anthony Richard, William Howell, C.A. Bamfylde, D.S.J. Bailey, Father Dunn. E.H. Gomes dan Florence E. Het.
Kisah-kisah penentangan rakyat Sarawak, termasuk Rentap juga banyak dipaparkan oleh penulis-penulis Barat, terutamanya mereka yang juga merupakan pembantu dan pentadbir-pentadbir di bawah regim Brooke seperti Spenser St. John, A.B Ward (The Rajah Servant), Hugh Low dan Steven Runcimen. Charles Brooke sendiri, dalam jurnalnya Ten Years in Sarawak juga banyak memaparkan kisah-kisah dan pengalamannya untuk menghapuskan penentangan Rentap di Sarawak (1 853-1861).
Sarawak Museum Journal (SMJ) yang mula diterbitkan pada tahun 1911 juga telah memuatkan banyak .artikel tentang orang Iban yang ditulis oleh Tom Harrisson3, Anthony Richards, J. Derek Freeman, Erik Jensen dan A.B. Ward. Selain itu H. Munro dan Nora Kershaw Chadwick (1968), dalam buku bersiri mereka The Growth ofLiterature: The Oral Literature ofThe lban or Sea Dyak of Borneo telah membuat kajian tentang jenis dan bentuk sastera rakyat Iban.
Benedict Sandin, ethnologis Iban yang pertama pernah memegang jawatan kurator Muzium Sarawak (1966-1974) merupakan penulis yang begitu komited dan produktif. Beliau telah menghabiska sebahagian daripada hayatnya dengan menyelidik, mengumpul dan menulis cerita atau bahan-bahan yang terkandung dalam tradisi lisan bangsanya. Sejak tahun 1950-an hingga kematiannya pada 1982 tidak kurang daripada 10 buah buku tulisannya tentang sastera lisan Iban telah diterbitkan oleh Borneo Literature Bureau. Sementara itu tidak kurang daripada 20 buah artikelnya tentang adat resam kebudayaan dan cerita-cerita Iban juga telah diterbitkan dalam Sarawak Museum Jurnal. Pada tahun 1960-an Benedict Sandin dipertanggungjawabkan untuk menerbitkan majalah bersiri Iban Nendak dan Pemberita yang banyak memuatkan ensera dan jerita tuai Iban.
DaIam bukunya The Sea Dayak of Borneo Before The White Rafah Rule (1967: 112), Benedict Sandin telah menceritakan dengan panjang lebar tentang salasilah dan kisah pahlawan Rentap (Clífford Sather, dalam Benedict Sandin 1 994 :23 1). Dalam monograf istimewanya Sources of lban Traditional History yang diterbitkan oleh Muzium Sarawak dengan kerjasama Clifford A. Sather dalam tahun 1994, Sandin juga turut memuatkan sejarah ringkas perjuangan Rentap. Kisah-kisah tentang Rentap secara terperinci juga turut dimuatkannya dalam dua buah bukunya; Sengalang Burong (1962) (yang telah diterjemahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka) dan Peturun Iban (1967).
A.M. Cooper (1968), penulis zaman kolonial dalam bukunya Men Of Sarawak telah menulis tentang perjuangan Rentap. Buku inilah yang menjadi panduan asas kepada Chang Fat Foh apabila menulis tentang Rentap dalam dua buah bukunya Hero and Legends ofThe Land of Hornbill (1997) dan Legends and History ofsarawak (1999).
Dengan tertubuhnya Borneo Literature Bureau dalam tahun 1963 tidak kurang daripada 30 buah buku tentang cerita rakyat Iban (ensera dan jerita tuai) telah diterbitkan, koleksi buku-buku ini kini boleh banyak terdapat di Perpustakaan Tun Seri Lanang dan Perpustakaan Institut Alam dan Tamadun Melayu (PATMA) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Antara penulis-penulis Iban yang menulis buku-buku berkenan ialah Benedict Sandin (kebanyakannya buku tentang jerita tuai dan ritual Iban), Henry Gerijih (ensera) Andria Ijau, Harry Anding, Unggat Kedu, Dunstant Entinggi, Felix Ambon, Janang Ensiring dan Y.B. Jimmy Donald yang telah menulis ensera Keling dalam Bahasa Inggeris; Keling of The Raised World (1991).
Namun demikian, sehingga kini belum ada lagi sebuah buku khas tentang perjuangan Rentap yang ditulis oleh penulis Iban, yang ada hanyalah cerita Ijau Lang, pahlawan Iban Balau dari Banting yang memihak kepada Brooke menentang orang Iban di Skrang dan Saribas, termasuk Rentap.
Jamilah Haji Ahmad dan Johnathan Singki (1989) pula telah mengumpul sebanyak 1 5 buah cerita rakyat Iban yang dirakamkan oleh mereka di daerah Ulu Balingan di Sarawak. Manakala Zaini Ozea (1988), dalam eseinya Analisis Isi Cerita Rakyat di Sarawak telah menulis tentang jenis-jenis cerita rakyat Sarawak, termasuk orang Iban, namun demikian beliau tidak ada menyentuh tentang cerita legenda kepahlawanan Iban.
Awang Hasmadi Awang Mois (1 988), pula dalam eseinya Satu Renungan Terhadap Beberapa Cerita Lisan Masyarakat telah mengemukakan líma contoh cerita rakyat Sarawak, termasuk cerita rakyat Iban, tetapi beliau seperti juga Zaini Ozea tidak ada menyebut cerita legenda.
Latifah Haji Sheblí (1974) dan James P. Ongkili (1983) dalam jurnal Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Sarawak pula mengajak kita mengemukakan satu pandangan baru terhadap Rentap, Sherip Masahor dan James Brooke.
Robert Pringle (1974) dalam bukunya Rajah and Rebels: The Iban ofsarawak Under Brooke Rule 1841-1941 telah membuat suatu analisis tentang susur-galur penentangan dan kebangkitan pahlawan-pahlawan Iban terhadap pemerintahan Brooke, terutamanya Rentap. Abdullah Zakaria (1995), dalam tulisannya Pribumi dan Penjajah: Gerakan Tentangan di Malaysia juga telah membicarakan dengan agak mendalam tentang perjuaagan Rentap.
Amer Haji Matsom dalam dua buah bukunya; Detik-detik Bersejarah; Perjuangan Rakyat Sarawak (1997) dan Rentap Pahlawan Iban (1999) telah memaparkan kisah-kisah Rentap dalam bentuk buku fiksyen kanak-kanak. Cerita- cerita Rentap juga telah dìfiksyenkan oleh Nir Shahmir (2000) dalam bukunya Rentap:
Dia Pembela Bangsa. Nik Anuar Nik Mahmud pula dalam buku susunannya Tok Janggut Pejuang atau Penderhaka? (1999) telah menyentuh serba sedikit tentang kebangkitan rakyat Sarawak menentang penjajah, termasuk kebangkitan Rentap.
Selain telah dibukukan, pada tahun 1997 kisah perjuangan Panglìma Rentap di Bukit Sadok juga telah digarap dalam bentuk teater oleh pihak Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia yang telah dipersembahkan kepada para pelancong dan orang ramai di Kampung Budaya Sarawak di Kuching.

jasa rentap sentiasa dikenang........oyeah;;;;












Subject: Rentap Pahlawan Sarawak (1800-1870) Wed May 13, 2009 5:17 pm
Rentap - pahlawan Iban Rentapmenggelar James Brooke lanun yang mahu rampas tanah penduduk. Sebutnama Rentap, penduduk Sarawak masih mengingati semangat penentangannyaterhadap kuasa penjajah Inggeris yang diketuai James Brooke, ketikamelebarkan kuasanya ke Borneo, pada abad ke-19.Penentanganterhadap kuasa penjajah menyebabkan James Brooke menggelar Rentap yangberpengaruh di kawasan yang kini di bawah pentadbiran Bahagian Betong,sebagai lanun. Pahlawan Rentap dari suku Iban sebenarnya seorangpejuang yang mempertahankan negeri dari penjajahan Inggeris, bukannyalanun seperti anggapan penjajah.Pengkaji sejarah tempatan, DrChang Pat Foh, berkata Rentap atau nama sebenarnya Libau menjadi ketuapahlawan Iban di Skrang dan Saribas. Gelaran Rentap yang bermaksudEnsumbar dalam bahasa Iban atau membuat dunia bergegar diberikan kepadaLibau selepas beliau memenggal kepala musuh dalam perang pertamanya.Rentap dikatakan membenci Brooke kerana melihatnya sebagai orang luardari Barat yang berniat jahat ingin menguasai Sarawak dan menghapuskancara hidup masyarakat tempatan waktu itu.Disebabkansikap Rentap itu, Brooke yang cuba mengambil alih pemerintahan negerimenggunakan helah dengan menggelarnya lanun dan penjajah merancangmenghapuskan kegiatan lanun yang berleluasa di perairan sekitar Saribasdan Skrang.Batang Lupar dan Saribas - Kawasan petempatan orang IbanChang dalam dialog Sejarah Wira Iban Sarawak- Panglima Rentap diPustaka Negeri, di Kuching baru-baru ini, berkata kisah penentanganRentap adalah berdasarkan keterangan keturunan generasi keenam pahlawanitu, Subang Anak Dunggau yang turut ditulis beliau dalam bukunya`History Of Iban Settlements Around Kuching City Sarawak'.Rentapyang marah selepas mengetahui rancangan Inggeris itu kemudian turutmenggelar James Brooke sebagai lanun yang cuba merampas tanah penduduknegeri ini dan mengenakan pelbagai bentuk cukai. Pertempuranpertama Rentap dengan Inggeris berlaku di Skrang pada 19 Ogos 1844membabitkan pertempuran menggunakan beribu-ribu perahu di kedua-duapihak. Rentap berjaya menghalang Inggeris dan 29 pengikut Inggeris matidalam pertempuran itu manakala 56 lagi cedera. Pada 24 Julai 1849,Brooke kembali membawa angkatan lebih besar untuk menyerang Skrang danSaribas yang disifatkan mereka angkatan mengalahkan lanun di sana.Kaliini tiga kapal digunakan iaitu Royalist dan iringi kapal Nemesis danRanee serta 80 kapal perang lain untuk menumpaskan pasukan Rentapbersama pengikutnya Abang Apong dan Linggir Mali Lebu. Penjajah yangturut dibantu kaum Iban bertempur dengan pasukan Rentap di Beting Maru,Bahagian Betong pada petang 31 Julai 1849 yang juga pertempuranangkatan laut terbesar pernah dicatatkan di negeri ini.Rombonganpengikut Rentap yang dalam perjalanan pulang pada petang itu diserangangkatan laut Inggeris menyebabkan 500 pengikut Rentap terbunuh dalampertempuran lima jam. Tiada ketua Iban dari pasukan Rentap terbunuh danramai melarikan diri ke dalam hutan serta memaksa mereka berundur jauhke bahagian hulu Sungai Saribas atau Sungai Skrang.Kubu Rentap di TabbatRentap dan pengikutnya kemudian membina kubu di Tabat, di kakiGunung Sadok menghadap Sungai Lang dan Brooke pula pada akhir 1849 atauawal 1850 menghantar Arthur Crookshank membina Fort James di Linggayang menjadi persimpangan Sungai Skrang dan Sungai Lupar.Pembinaankubu Inggeris tidak disenangi penduduk Skrang kerana menghalang laluanmereka ke bahagian bawah Sungai Lupar dan ke Laut China Selatan yangselain itu bertujuan menghalang kerjasama Rentap dengan sekutu rapatnyaLinggir dan Aji di persisir pantai. Pada 1852, Brooke membina satu lagikubu di Lingga untuk menghalang Rentap dari mengganggu pengikutnyasekitar bahagian hilir Sungai Lupar yang menaikkan kemarahan pahlawanitu sehingga memutuskan menyerang dan menewaskan Inggeris di Lingga.Brookekemudian menghantar pesanan kepada Rentap di ulu Sungai Skrang ,mengajaknya keluar dan berjumpanya di Fort James untuk mengadakanrundingan damai, namun Rentap enggan.Setahun kemudian, pengikutBrooke diserang hendap di Lintang Batang, tiga kilometer dari NangaSkrang dan pengikut Rentap berjaya menenggelamkan bot penjajah danmembunuh seorang pegawai Inggeris, Alan Lee yang bertanggungjawabmengukuhkan pasukan penjajah di Lingga.Pasukan Rentap kemudianberundur sebelum pasukan Brooke menyusun kedudukan bagi melancarkanserangan balas dan kejayaan ini menjadikannya lebih dikenali sebagaiwira kaum Dayak di Sarawak.Bagi menghalang orang lain membantu Rentapdan menjadikannya lebih kuat, sekumpulan askar dihantar Brooke kemerata tempat untuk menahan mereka disyaki membantu pahlawan Iban itu.PadaOgos 1845, tentera Brooke berjumlah 7,000 mara selama dua hari untukmenyerang kubu Rentap di Sungai Lang, Skrang dengan menggunakan senjataapi manakala pasukan Rentap menyerang balas menggunakan meriam. Padasebelah petang, wanita dan kanak-kanak kelihatan meninggalkan kubuRentap melalui belakang bukit diikuti pahlawan Iban yang lengkapberpakaian perang mengundurkan diri dari kota itu menuju Bukit Sadokdengan membawa Rentap yang tercedera.Brooke bagaimanapun tidakmeneruskan serangan ke Bukit Sadok, ini membolehkan Rentap menguatkankedudukannya di puncak Gunung Sadok dengan membina kubu atau KutaRentap dan kecerunan curam menjadikan kubu itu hampir mustahildihampiri musuh. Beliau kemudian menggelar dirinya seorang pemerintahdengan gelaran Rajah Ulu atau Raja Ul dan menjadikan Bukit Sadok pusatkepada semua penduduk tempatan yang menentang pemerintahan Inggeris.Berikutankedudukan Rentap bertambah kuat, Brooke melancarkan ekspedisi bagimemusnahkan kekuasaannya. Tiga ekspedisi bermula 7 Jun 1857 dilancarkanbagi memusnahkan kubu Rentap, namun gagal membunuhnya. Selepasmelancarkan serangan bertali arus pada ekspedisi terakhir Brookeberjaya menawan dan membakar Kuta Rentap pada 28 Oktober 1861, Rentapdan pengikutnya berundur ke Bukit Lanjak, Skrang sehingga Entabai,Kanowit dan Jula. Rentap yang enggan menyerah kalah, meninggal duniaakibat tua di Bukit Sibau, sekitar 1870.Kronologi:Pada 7 Jun 1857, Ekspedisi SadokPertama dilancarkan penjajah bertujuan memusnahkan semua kawasanpertanian sekitar Bukit Sadok untuk memutuskan bekalan makanan pengikutRentap.Pasukan Brooke berjaya mendaki hingga puncak Gunung Sadokyang sama tinggi dengan kubu Rentap di puncak Bukit Sadok untuk melihatdan melancarkan serangan ke kedudukan musuh. Dengan kekuatan 4,000askar, Brooke tidak dapat menawan Kuta Rentap kerana dibina menggunakankayu Tebelian keras yang tidak dapat ditembusi peluru, serta Rentapjuga mempunyai senapang, meriam dan pistol kuno yang dirampas ketikamenyerang Allan Lee, di Lintang Batang pada 1853.Pasukan Brookeditimpa hujan lebat selama lapan hari di puncak Gunung Sadok danakhirnya memutuskan berundur dalam ekspedisi yang gagal sepenuhnya.PadaOgos 1858, Brooke melancarkan Ekspedisi Sadok Kedua untuk menghapuskankuasa Rentap dengan membawa senjata " Six-Pounder gun" yang mampumenembak lima puluh peluru ke Kuta Rentap. Ekspedisi kali ini turutgagal kerana senjata itu tidak mampu menembusi dinding Kuta Rentap danBrooke terpaksa segera berundur selepas dibalas dengan seranganbetubi-tubi menggunakan sumpit beracun, lontaran batu dan tembakansenjata api.Pada September 1861, Brooke melancarkan EkspedisiKetiga Sadok yang lebih besar dengan buruh untuk membuat jalan dihutan, sepasukan askar Negro yang terlatih dalam pertempuran jarakdekat serta senjata penembak roket, Six-Pounder Gun dan meriam yangdigelar " Bujang Sadok". Selepas sampai di puncak Gunung Sadok,keesokan paginya, serangan dilancarkan ke Kuta Rentap dan berlakuberbalas serangan menggunakan meriam antara Bujang Sadok dengan BujangTimpang Berang yang dimiliki Rentap.Malangnya, salah seorangpengendali meriam Rentap terkena tembakan dari Bujang Sadok dandarahnya membasahkan serbuk letupan menyebabkan Bujang Timpang Berangtidak berfungsi dan kelebihan Bujang Sadok digunakan untuk memusnahkandinding keras Kuta Rentap.

perjuangan rentap......yeah2






Chang dalam dialog Sejarah Wira Iban Sarawak- Panglima Rentap diPustaka Negeri, di Kuching baru-baru ini, berkata kisah penentanganRentap adalah berdasarkan keterangan keturunan generasi keenam pahlawanitu, Subang Anak Dunggau yang turut ditulis beliau dalam bukunya`History Of Iban Settlements Around Kuching City Sarawak'.Rentapyang marah selepas mengetahui rancangan Inggeris itu kemudian turutmenggelar James Brooke sebagai lanun yang cuba merampas tanah penduduknegeri ini dan mengenakan pelbagai bentuk cukai. Pertempuranpertama Rentap dengan Inggeris berlaku di Skrang pada 19 Ogos 1844membabitkan pertempuran menggunakan beribu-ribu perahu di kedua-duapihak. Rentap berjaya menghalang Inggeris dan 29 pengikut Inggeris matidalam pertempuran itu manakala 56 lagi cedera. Pada 24 Julai 1849,Brooke kembali membawa angkatan lebih besar untuk menyerang Skrang danSaribas yang disifatkan mereka angkatan mengalahkan lanun di sana.Kaliini tiga kapal digunakan iaitu Royalist dan iringi kapal Nemesis danRanee serta 80 kapal perang lain untuk menumpaskan pasukan Rentapbersama pengikutnya Abang Apong dan Linggir Mali Lebu. Penjajah yangturut dibantu kaum Iban bertempur dengan pasukan Rentap di Beting Maru,Bahagian Betong pada petang 31 Julai 1849 yang juga pertempuranangkatan laut terbesar pernah dicatatkan di negeri ini.Rombonganpengikut Rentap yang dalam perjalanan pulang pada petang itu diserangangkatan laut Inggeris menyebabkan 500 pengikut Rentap terbunuh dalampertempuran lima jam. Tiada ketua Iban dari pasukan Rentap terbunuh danramai melarikan diri ke dalam hutan serta memaksa mereka berundur jauhke bahagian hulu Sungai Saribas atau Sungai Skrang.

Sunday, March 14, 2010








Rentap boy - pahlawan Iban Rentap menggelar James Brooke lanun yang mahu rampas tanah penduduk. Sebut nama Rentap, penduduk Sarawak masih mengingati semangat penentangannyaterhadap kuasa penjajah Inggeris yang diketuai James Brooke, ketika melebarkan kuasanya ke Borneo, pada abad ke-19.Penentanganterhadap kuasa penjajah menyebabkan James Brooke menggelar Rentap yangberpengaruh di kawasan yang kini di bawah pentadbiran Bahagian Betong,sebagai lanun. Pahlawan Rentap dari suku Iban sebenarnya seorang pejuang yang mempertahankan negeri dari penjajahan Inggeris, bukannyalanun seperti anggapan penjajah.Pengkaji sejarah tempatan, DrChang Pat Foh, berkata Rentap atau nama sebenarnya Libau menjadi ketua pahlawan Iban di Skrang dan Saribas. Gelaran Rentap yang bermaksud Ensumbar dalam bahasa Iban atau membuat dunia bergegar diberikan kepadaLibau selepas beliau memenggal kepala musuh dalam perang pertamanya.Rentap dikatakan membenci Brooke kerana melihatnya sebagai orang luardari Barat yang berniat jahat ingin menguasai Sarawak dan menghapuskan cara hidup masyarakat tempatan waktu itu.Disebabkan sikap Rentap itu, Brooke yang cuba mengambil alih pemerintahan negeri menggunakan helah dengan menggelarnya lanun dan penjajah merancang menghapuskan kegiatan lanun yang berleluasa di perairan sekitar Saribasdan Skrang.