Monday, March 15, 2010

jasa rentap sentiasa dikenang........oyeah;;;;












Subject: Rentap Pahlawan Sarawak (1800-1870) Wed May 13, 2009 5:17 pm
Rentap - pahlawan Iban Rentapmenggelar James Brooke lanun yang mahu rampas tanah penduduk. Sebutnama Rentap, penduduk Sarawak masih mengingati semangat penentangannyaterhadap kuasa penjajah Inggeris yang diketuai James Brooke, ketikamelebarkan kuasanya ke Borneo, pada abad ke-19.Penentanganterhadap kuasa penjajah menyebabkan James Brooke menggelar Rentap yangberpengaruh di kawasan yang kini di bawah pentadbiran Bahagian Betong,sebagai lanun. Pahlawan Rentap dari suku Iban sebenarnya seorangpejuang yang mempertahankan negeri dari penjajahan Inggeris, bukannyalanun seperti anggapan penjajah.Pengkaji sejarah tempatan, DrChang Pat Foh, berkata Rentap atau nama sebenarnya Libau menjadi ketuapahlawan Iban di Skrang dan Saribas. Gelaran Rentap yang bermaksudEnsumbar dalam bahasa Iban atau membuat dunia bergegar diberikan kepadaLibau selepas beliau memenggal kepala musuh dalam perang pertamanya.Rentap dikatakan membenci Brooke kerana melihatnya sebagai orang luardari Barat yang berniat jahat ingin menguasai Sarawak dan menghapuskancara hidup masyarakat tempatan waktu itu.Disebabkansikap Rentap itu, Brooke yang cuba mengambil alih pemerintahan negerimenggunakan helah dengan menggelarnya lanun dan penjajah merancangmenghapuskan kegiatan lanun yang berleluasa di perairan sekitar Saribasdan Skrang.Batang Lupar dan Saribas - Kawasan petempatan orang IbanChang dalam dialog Sejarah Wira Iban Sarawak- Panglima Rentap diPustaka Negeri, di Kuching baru-baru ini, berkata kisah penentanganRentap adalah berdasarkan keterangan keturunan generasi keenam pahlawanitu, Subang Anak Dunggau yang turut ditulis beliau dalam bukunya`History Of Iban Settlements Around Kuching City Sarawak'.Rentapyang marah selepas mengetahui rancangan Inggeris itu kemudian turutmenggelar James Brooke sebagai lanun yang cuba merampas tanah penduduknegeri ini dan mengenakan pelbagai bentuk cukai. Pertempuranpertama Rentap dengan Inggeris berlaku di Skrang pada 19 Ogos 1844membabitkan pertempuran menggunakan beribu-ribu perahu di kedua-duapihak. Rentap berjaya menghalang Inggeris dan 29 pengikut Inggeris matidalam pertempuran itu manakala 56 lagi cedera. Pada 24 Julai 1849,Brooke kembali membawa angkatan lebih besar untuk menyerang Skrang danSaribas yang disifatkan mereka angkatan mengalahkan lanun di sana.Kaliini tiga kapal digunakan iaitu Royalist dan iringi kapal Nemesis danRanee serta 80 kapal perang lain untuk menumpaskan pasukan Rentapbersama pengikutnya Abang Apong dan Linggir Mali Lebu. Penjajah yangturut dibantu kaum Iban bertempur dengan pasukan Rentap di Beting Maru,Bahagian Betong pada petang 31 Julai 1849 yang juga pertempuranangkatan laut terbesar pernah dicatatkan di negeri ini.Rombonganpengikut Rentap yang dalam perjalanan pulang pada petang itu diserangangkatan laut Inggeris menyebabkan 500 pengikut Rentap terbunuh dalampertempuran lima jam. Tiada ketua Iban dari pasukan Rentap terbunuh danramai melarikan diri ke dalam hutan serta memaksa mereka berundur jauhke bahagian hulu Sungai Saribas atau Sungai Skrang.Kubu Rentap di TabbatRentap dan pengikutnya kemudian membina kubu di Tabat, di kakiGunung Sadok menghadap Sungai Lang dan Brooke pula pada akhir 1849 atauawal 1850 menghantar Arthur Crookshank membina Fort James di Linggayang menjadi persimpangan Sungai Skrang dan Sungai Lupar.Pembinaankubu Inggeris tidak disenangi penduduk Skrang kerana menghalang laluanmereka ke bahagian bawah Sungai Lupar dan ke Laut China Selatan yangselain itu bertujuan menghalang kerjasama Rentap dengan sekutu rapatnyaLinggir dan Aji di persisir pantai. Pada 1852, Brooke membina satu lagikubu di Lingga untuk menghalang Rentap dari mengganggu pengikutnyasekitar bahagian hilir Sungai Lupar yang menaikkan kemarahan pahlawanitu sehingga memutuskan menyerang dan menewaskan Inggeris di Lingga.Brookekemudian menghantar pesanan kepada Rentap di ulu Sungai Skrang ,mengajaknya keluar dan berjumpanya di Fort James untuk mengadakanrundingan damai, namun Rentap enggan.Setahun kemudian, pengikutBrooke diserang hendap di Lintang Batang, tiga kilometer dari NangaSkrang dan pengikut Rentap berjaya menenggelamkan bot penjajah danmembunuh seorang pegawai Inggeris, Alan Lee yang bertanggungjawabmengukuhkan pasukan penjajah di Lingga.Pasukan Rentap kemudianberundur sebelum pasukan Brooke menyusun kedudukan bagi melancarkanserangan balas dan kejayaan ini menjadikannya lebih dikenali sebagaiwira kaum Dayak di Sarawak.Bagi menghalang orang lain membantu Rentapdan menjadikannya lebih kuat, sekumpulan askar dihantar Brooke kemerata tempat untuk menahan mereka disyaki membantu pahlawan Iban itu.PadaOgos 1845, tentera Brooke berjumlah 7,000 mara selama dua hari untukmenyerang kubu Rentap di Sungai Lang, Skrang dengan menggunakan senjataapi manakala pasukan Rentap menyerang balas menggunakan meriam. Padasebelah petang, wanita dan kanak-kanak kelihatan meninggalkan kubuRentap melalui belakang bukit diikuti pahlawan Iban yang lengkapberpakaian perang mengundurkan diri dari kota itu menuju Bukit Sadokdengan membawa Rentap yang tercedera.Brooke bagaimanapun tidakmeneruskan serangan ke Bukit Sadok, ini membolehkan Rentap menguatkankedudukannya di puncak Gunung Sadok dengan membina kubu atau KutaRentap dan kecerunan curam menjadikan kubu itu hampir mustahildihampiri musuh. Beliau kemudian menggelar dirinya seorang pemerintahdengan gelaran Rajah Ulu atau Raja Ul dan menjadikan Bukit Sadok pusatkepada semua penduduk tempatan yang menentang pemerintahan Inggeris.Berikutankedudukan Rentap bertambah kuat, Brooke melancarkan ekspedisi bagimemusnahkan kekuasaannya. Tiga ekspedisi bermula 7 Jun 1857 dilancarkanbagi memusnahkan kubu Rentap, namun gagal membunuhnya. Selepasmelancarkan serangan bertali arus pada ekspedisi terakhir Brookeberjaya menawan dan membakar Kuta Rentap pada 28 Oktober 1861, Rentapdan pengikutnya berundur ke Bukit Lanjak, Skrang sehingga Entabai,Kanowit dan Jula. Rentap yang enggan menyerah kalah, meninggal duniaakibat tua di Bukit Sibau, sekitar 1870.Kronologi:Pada 7 Jun 1857, Ekspedisi SadokPertama dilancarkan penjajah bertujuan memusnahkan semua kawasanpertanian sekitar Bukit Sadok untuk memutuskan bekalan makanan pengikutRentap.Pasukan Brooke berjaya mendaki hingga puncak Gunung Sadokyang sama tinggi dengan kubu Rentap di puncak Bukit Sadok untuk melihatdan melancarkan serangan ke kedudukan musuh. Dengan kekuatan 4,000askar, Brooke tidak dapat menawan Kuta Rentap kerana dibina menggunakankayu Tebelian keras yang tidak dapat ditembusi peluru, serta Rentapjuga mempunyai senapang, meriam dan pistol kuno yang dirampas ketikamenyerang Allan Lee, di Lintang Batang pada 1853.Pasukan Brookeditimpa hujan lebat selama lapan hari di puncak Gunung Sadok danakhirnya memutuskan berundur dalam ekspedisi yang gagal sepenuhnya.PadaOgos 1858, Brooke melancarkan Ekspedisi Sadok Kedua untuk menghapuskankuasa Rentap dengan membawa senjata " Six-Pounder gun" yang mampumenembak lima puluh peluru ke Kuta Rentap. Ekspedisi kali ini turutgagal kerana senjata itu tidak mampu menembusi dinding Kuta Rentap danBrooke terpaksa segera berundur selepas dibalas dengan seranganbetubi-tubi menggunakan sumpit beracun, lontaran batu dan tembakansenjata api.Pada September 1861, Brooke melancarkan EkspedisiKetiga Sadok yang lebih besar dengan buruh untuk membuat jalan dihutan, sepasukan askar Negro yang terlatih dalam pertempuran jarakdekat serta senjata penembak roket, Six-Pounder Gun dan meriam yangdigelar " Bujang Sadok". Selepas sampai di puncak Gunung Sadok,keesokan paginya, serangan dilancarkan ke Kuta Rentap dan berlakuberbalas serangan menggunakan meriam antara Bujang Sadok dengan BujangTimpang Berang yang dimiliki Rentap.Malangnya, salah seorangpengendali meriam Rentap terkena tembakan dari Bujang Sadok dandarahnya membasahkan serbuk letupan menyebabkan Bujang Timpang Berangtidak berfungsi dan kelebihan Bujang Sadok digunakan untuk memusnahkandinding keras Kuta Rentap.

1 comment:

  1. JAGODOMINO Agen poker Online Terpercaya dan terbaik di Indonesia

    *Minimal Deposit Hanya Rp 15.000
    *Minimal Withdraw Hanya Rp 30.000
    *Proses Deposit & Withdraw Super Cepat & aman
    *Dilayani Oleh CS yang Profesional dan Ramah 24 Jam
    *Player Vs Player Dijamin 100% (Tanpa Robot)

    *=================[BIG PROMO]=================*

    *Bonus CASHBACK 0.2%-0.5% [SETIAP HARI]
    *Bonus REFERENSI 20% [SEUMUR HIDUP]

    info selanjutnya silahkan hubungi CS 24 jam yang siap melayani anda...
    WA: +855717086677
    BBM: jago288

    Untuk pendaftaran Langsung Kunjungi Link Resmi Kami

    ReplyDelete