Monday, March 15, 2010

perjuangan rentap......yeah2






Chang dalam dialog Sejarah Wira Iban Sarawak- Panglima Rentap diPustaka Negeri, di Kuching baru-baru ini, berkata kisah penentanganRentap adalah berdasarkan keterangan keturunan generasi keenam pahlawanitu, Subang Anak Dunggau yang turut ditulis beliau dalam bukunya`History Of Iban Settlements Around Kuching City Sarawak'.Rentapyang marah selepas mengetahui rancangan Inggeris itu kemudian turutmenggelar James Brooke sebagai lanun yang cuba merampas tanah penduduknegeri ini dan mengenakan pelbagai bentuk cukai. Pertempuranpertama Rentap dengan Inggeris berlaku di Skrang pada 19 Ogos 1844membabitkan pertempuran menggunakan beribu-ribu perahu di kedua-duapihak. Rentap berjaya menghalang Inggeris dan 29 pengikut Inggeris matidalam pertempuran itu manakala 56 lagi cedera. Pada 24 Julai 1849,Brooke kembali membawa angkatan lebih besar untuk menyerang Skrang danSaribas yang disifatkan mereka angkatan mengalahkan lanun di sana.Kaliini tiga kapal digunakan iaitu Royalist dan iringi kapal Nemesis danRanee serta 80 kapal perang lain untuk menumpaskan pasukan Rentapbersama pengikutnya Abang Apong dan Linggir Mali Lebu. Penjajah yangturut dibantu kaum Iban bertempur dengan pasukan Rentap di Beting Maru,Bahagian Betong pada petang 31 Julai 1849 yang juga pertempuranangkatan laut terbesar pernah dicatatkan di negeri ini.Rombonganpengikut Rentap yang dalam perjalanan pulang pada petang itu diserangangkatan laut Inggeris menyebabkan 500 pengikut Rentap terbunuh dalampertempuran lima jam. Tiada ketua Iban dari pasukan Rentap terbunuh danramai melarikan diri ke dalam hutan serta memaksa mereka berundur jauhke bahagian hulu Sungai Saribas atau Sungai Skrang.

1 comment:

  1. Sepatutnya Dia Menerima Gelaran Datuk atau yang patut sebagai mengingati Jasa Beliau mengusir Penjajah...

    ReplyDelete