Sunday, March 14, 2010








Rentap boy - pahlawan Iban Rentap menggelar James Brooke lanun yang mahu rampas tanah penduduk. Sebut nama Rentap, penduduk Sarawak masih mengingati semangat penentangannyaterhadap kuasa penjajah Inggeris yang diketuai James Brooke, ketika melebarkan kuasanya ke Borneo, pada abad ke-19.Penentanganterhadap kuasa penjajah menyebabkan James Brooke menggelar Rentap yangberpengaruh di kawasan yang kini di bawah pentadbiran Bahagian Betong,sebagai lanun. Pahlawan Rentap dari suku Iban sebenarnya seorang pejuang yang mempertahankan negeri dari penjajahan Inggeris, bukannyalanun seperti anggapan penjajah.Pengkaji sejarah tempatan, DrChang Pat Foh, berkata Rentap atau nama sebenarnya Libau menjadi ketua pahlawan Iban di Skrang dan Saribas. Gelaran Rentap yang bermaksud Ensumbar dalam bahasa Iban atau membuat dunia bergegar diberikan kepadaLibau selepas beliau memenggal kepala musuh dalam perang pertamanya.Rentap dikatakan membenci Brooke kerana melihatnya sebagai orang luardari Barat yang berniat jahat ingin menguasai Sarawak dan menghapuskan cara hidup masyarakat tempatan waktu itu.Disebabkan sikap Rentap itu, Brooke yang cuba mengambil alih pemerintahan negeri menggunakan helah dengan menggelarnya lanun dan penjajah merancang menghapuskan kegiatan lanun yang berleluasa di perairan sekitar Saribasdan Skrang.

No comments:

Post a Comment